Tuesday, 23 September 2014
FAKTA RESDUNG
Ini yang sepatutnya anda ketahui tentang resdung:
i. gatal-gatal di muka (termasuk di banyak bahagian badan)
ii. hidung berhingus atau tersumbat
iii. sakit kepala terutama di dahi dan pipi
iv. kelumumur berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung seterusnya termasuk sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam, kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah
~Rawat resdung dengan Masker Herba Rowena~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment