Tuesday, 14 October 2014

FAKTA JERAGAT& KULIT

[ FAKTA JERAGAT ]

✄Sejenis penyakit kulit.
✄Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
✄Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
✄Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
✄Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
✄Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
✄Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
✄Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.



[ FAKTA KULIT ]

✄Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, ✄kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
✄Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
✄Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
✄Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
✄Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
✄Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
✄Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
✄Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
✄Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
✄Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.


[PENJAGAAN KULIT]

✄Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
✄Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
✄Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
✄Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
✄Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
✄Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
✄Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

credit to http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/02/fakta-tentang-jeragat-dan-kulit.html

No comments:

Post a Comment